Monday 6 October 2014

0 IBNU SINA

Nama penuh beliau ialah Abu Ali Hussien bin Abdullah  b. Hassan b. Ali Ibn. Sina.  Beliau juga  dikenali  sebagai Avicenna di kalangan orang Eropah.Ibn Sina  dilahirkan di Bukhara, Turkistan pada 424H/980M.  Beliau meninggal pada 483H/1037M ketika berusia 57 tahun.

Latarbelakang Pendidikan

Sejak kecil lagi Ibnu Sina telah mempelajari pelbagai  bidang ilmu agama; tauhid , fekah dan  tasauf dari keluarganya. Pada umur 10 tahun  beliau telah berjaya menghafaz Al - Quran. Seterusnya beliau telah mendalami ilmu dalam bidang  perubatan, fizik,  matematik dan astronomi. Pada umur 17 tahun beliau telah diiktiraf sebagai doktor perubatan. Ibnu Sina telah berjaya menghasilkan sebuah buku utama menjadi rujukan terkenal di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai mutiara dalam bidang perubatan iaitu  Qanun Fi al - Tib ketika berusia 18 tahun.

Sumbangan-sumbangan Ibn Sina

Ibnu Sina telah meninggalkan beberapa buku yang  bermutu tinggi terutama dalam bidang perubatan, falsafah, mantiq dan fizik. Buku Qanun Fi al -Tib yang menghuraikan sebanyak 760 jenis penyakit dan kaedah perubatannya.  Diantarapenyakit yang menjadi kajian beliau adalah jantung, penyakit TB. saluran darah, ulser, psikologi, penyakit saraf, bengkak otak dan penyakit kanak-kanak. Beberapa penemuan baru beliau pada masa itu ialah ubata-ubatan herb. Minerologi dan bius. Buku ini merupakan buku rujukan bidang yang muktabar dalam bidang perubatan yang telah diterjemahkan kedalam berbagai bahasa asing, termasuklah bahasa Latin dan Inggeris. Di samping itu beliau juga menemui beberapa perkara tentang sifat logam, pembentukan lembah dan huraian roh. Penemuan-penemuan amat penting dalam dunia perubatan dan sebagainya.

Karya- Karya Terkemuka

1.          Qanun fi al - Tib ( perubatan )
2.          Kitab al - Sifat ( perubatan )
3.          Kitab al- Najah
4.          Kitab al - Isyarah ( berkaitan alam tabie )
5.          As-Syifa’ Fil Hikmah


Bidang Matematik

Bidang matemetik adalah satu bidang yang penting untuk urusan kehidupan seharian seperti urusan muamalat, pembahagian harta pesaka dan sebagainya. System nombor yang bermula dengan sifar  (0) adalah berasal dari pengaruh Islam, fungsi kuaderik ( x2 + 2x +1 = (x + 1) (x +1), Trigonommetri Sin A =  Sin B = Sin C.
   a          b           c



Pecahan dalam pembahagian pesaka jelas dinyatakan dalam al-Quran iaitu ½, 1/3, ¼, 1/6  dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment

 

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM PENDIDIKAN Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates